Voting

Tuesday, June 7, 2011

Semoga Allah menjadikan kita dikalangan orang yang yakin kepadaNya,
orang yang bersungguh-sungguh menyerahkan segala urusan hanya kepadaNya,
orang yang benar-benar menjadikan kehidupan sebagai persembahan perhambaan kepadaNya, orang yang menjadikan niat dihatinya sentiasa kerana Allah hinggalah kepada urusan-urusan jodoh dan ajal. Semoga Allah merahmati kita semua dan menentukan yang terbaik..
moga allah sinari kiblat ku....... AMINNNNNN

Monday, June 6, 2011

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..

Berubah



Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

Semua telah berakhir

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

MASIH SUAMI ISTERI KAH DI ALAM AKHIRAT??

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga...
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga"

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga."

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga"

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga"

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir".