Voting

Thursday, December 15, 2011

nikmat bersabar ...........

Inginkan mutiara, selamilah lautan...
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1001 kemanisan.. InsyaAllah..

Wednesday, December 14, 2011

sale kembali..... jgn lps kn peluang membeli ok.....


ok hr ahad aku ambk cuti. sj hbskn cuti tahunan bsama en tunang.
kiteorg p shpg kt kuantan. tgk2 brg tuk hantaran. kn skrg tgh sale.
aku pn mcm org lain gak. x lps kn pluang tu. stlh puas bpusing2 mcri brg
aku sgah jap kt the Body Shop Outlet ni tgk2 mana tau ada yg bkenan.
akhirnye aku bkenan kt set tuk hantran kwin ni. en tunang ckp trs beli le
sbb skrg tgh murah. nt kl lps 25/12 ni dh x dpt hrga mcm ni. lps duk fikir2 blk btl gak. aku pn stuju n en tunang trs beli. thanks en tunang ek belikn ini utk sy..... :)

bajet tuk hantaran en tunang.

stlh puas duk fikir e nk bagi kt en tunang tuk hantaran dia.
sy tlh mbuat kptsn tuk mbalas dulang sbyk 11 dulang kpdnye.
ni bmakna en tunang kn bg 9 dulang le kt saya.

ni le brg2 yg sy nk bagi kt dia......

(tema hantaran mst purple lavender ok!!!)

1) sirih
2) kemeja/jeans
3) kain pelekat/ sejadah
4) wallet + belt n jam tangan
5) al-quran (tafsir)/ buku agama
6) tuala
7) kasut
8) Perfume
9) buah
10)kek
11)coklat

ok tu je sy pilih tuk nk bagi kt en. tunang. skrg dh boleh tgk2 barang dh. dh blh beli sikit2 mana yg ptt
sbb skrg ade sale. hi3 tuk bakal pgantin curi le pluang beli brg hantaran time sale ni ek. leh le jimat sikittt.
ok tu je nk konci ngan korg.
papaiiiiiiiiiiiiiii

wedding Preparation

Dh x lama dh. lagi 6 bulan. byk benda nk kn fikir.
ni nk story ngan korang smua ni. hik3

Di dalam merancang persiapan untuk menjadi raja sehari, terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan dan dibuat, betul tak? Antara perkara penting yang perlua aku or you all pikir ialah seperti tarikh, kursus kawin, baju pengantin (nak tem ape hik3) , kad kawin, majlis kawin, dan sebagainya lagi. Tapi ada satu bende nie yang penting dan aku n korang ada di dalam setiap majlis perkahwinan, iaitu barang hantaran.
Sebenarnya, amalan berbalas-balas barang hantaran nie adalah adat biasa di dalam perkahwinan orang Melayu. Selain bertukar-tukar hadiah untuk kedua-dua mempelai, ia juga menunjukkan tanda kasih sayang di antara mereka berdua. Biasanya, bilangan hantaran dibuat di dalam nombor ganjil seperti 7 berbalas 9. Kalau nak lagi gempak, buatlah 11 berbalas 13 :-) Dan barang hantaran dari pihak lelaki plak biasanya kurang skit daripada pihak perempuan – maknanya sebelah perempuan kena bagi barang lebih skit la kepada pihak lelaki:-) Dah memang ini adatnya, nak buat camne, kan?
Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa barang-barang yang biasanya dijadikan hantaran perkahwinan bagi kedua-dua belah pihak:

Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):


1. Tepak sirih
2. Mas kahwin
3. Pulut kuning
4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
6. Al-Quran (atau tafsir)
7. Sejadah
8. Kek
9. Potpouri
10. Jam tangan
11. Kasut
12. Handbag
13. Perfume
14. Buah-buahan
15. Set alat solek
16. Telekung sembahyang
17. Muffin atau biskut
18. Towel
19. Gula-gula (atau manisan lain)


Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):

1. Tepak sirih
2. Pulut kuning
3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
4. Kain pelikat
5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
6. Kasut (dan/atau stoking)
7. Al-Quran (atau tafsir)
8. Sejadah
9. Jam tangan
10. Potpouri
11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
12. Perfume
13. Towel
14. Buah-buahan
15. Kek
16. Muffin atau biskut
17. Gula-gula (atau manisan lain)


Barang-barang di atas adalah barang yang paling common diberikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tak kisahla walaupun ada beberapa barang yang sama untuk kedua-dua belah pihak, asal masing-masing berkenan sudahlah. Sebelum membuat list untuk beli barang2 hantaran, yang pentingya kita kena beli barang yang kita memang nak guna di kemudian hari. Jangan beli barang sekadar untuk tunjuk jer!
Oklah, harap2 list di atas sedikit sebanyak boleh memberi panduan yang berguna untuk korang n aku yang bakal melangsungkan perkahwinan.