Voting

Wednesday, December 14, 2011

wedding Preparation

Dh x lama dh. lagi 6 bulan. byk benda nk kn fikir.
ni nk story ngan korang smua ni. hik3

Di dalam merancang persiapan untuk menjadi raja sehari, terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan dan dibuat, betul tak? Antara perkara penting yang perlua aku or you all pikir ialah seperti tarikh, kursus kawin, baju pengantin (nak tem ape hik3) , kad kawin, majlis kawin, dan sebagainya lagi. Tapi ada satu bende nie yang penting dan aku n korang ada di dalam setiap majlis perkahwinan, iaitu barang hantaran.
Sebenarnya, amalan berbalas-balas barang hantaran nie adalah adat biasa di dalam perkahwinan orang Melayu. Selain bertukar-tukar hadiah untuk kedua-dua mempelai, ia juga menunjukkan tanda kasih sayang di antara mereka berdua. Biasanya, bilangan hantaran dibuat di dalam nombor ganjil seperti 7 berbalas 9. Kalau nak lagi gempak, buatlah 11 berbalas 13 :-) Dan barang hantaran dari pihak lelaki plak biasanya kurang skit daripada pihak perempuan – maknanya sebelah perempuan kena bagi barang lebih skit la kepada pihak lelaki:-) Dah memang ini adatnya, nak buat camne, kan?
Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa barang-barang yang biasanya dijadikan hantaran perkahwinan bagi kedua-dua belah pihak:

Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):


1. Tepak sirih
2. Mas kahwin
3. Pulut kuning
4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
6. Al-Quran (atau tafsir)
7. Sejadah
8. Kek
9. Potpouri
10. Jam tangan
11. Kasut
12. Handbag
13. Perfume
14. Buah-buahan
15. Set alat solek
16. Telekung sembahyang
17. Muffin atau biskut
18. Towel
19. Gula-gula (atau manisan lain)


Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):

1. Tepak sirih
2. Pulut kuning
3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
4. Kain pelikat
5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
6. Kasut (dan/atau stoking)
7. Al-Quran (atau tafsir)
8. Sejadah
9. Jam tangan
10. Potpouri
11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
12. Perfume
13. Towel
14. Buah-buahan
15. Kek
16. Muffin atau biskut
17. Gula-gula (atau manisan lain)


Barang-barang di atas adalah barang yang paling common diberikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tak kisahla walaupun ada beberapa barang yang sama untuk kedua-dua belah pihak, asal masing-masing berkenan sudahlah. Sebelum membuat list untuk beli barang2 hantaran, yang pentingya kita kena beli barang yang kita memang nak guna di kemudian hari. Jangan beli barang sekadar untuk tunjuk jer!
Oklah, harap2 list di atas sedikit sebanyak boleh memberi panduan yang berguna untuk korang n aku yang bakal melangsungkan perkahwinan.

No comments:

Post a Comment