Voting

Wednesday, December 14, 2011

wedding Preparation

Dh x lama dh. lagi 6 bulan. byk benda nk kn fikir.
ni nk story ngan korang smua ni. hik3

Di dalam merancang persiapan untuk menjadi raja sehari, terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan dan dibuat, betul tak? Antara perkara penting yang perlua aku or you all pikir ialah seperti tarikh, kursus kawin, baju pengantin (nak tem ape hik3) , kad kawin, majlis kawin, dan sebagainya lagi. Tapi ada satu bende nie yang penting dan aku n korang ada di dalam setiap majlis perkahwinan, iaitu barang hantaran.
Sebenarnya, amalan berbalas-balas barang hantaran nie adalah adat biasa di dalam perkahwinan orang Melayu. Selain bertukar-tukar hadiah untuk kedua-dua mempelai, ia juga menunjukkan tanda kasih sayang di antara mereka berdua. Biasanya, bilangan hantaran dibuat di dalam nombor ganjil seperti 7 berbalas 9. Kalau nak lagi gempak, buatlah 11 berbalas 13 :-) Dan barang hantaran dari pihak lelaki plak biasanya kurang skit daripada pihak perempuan – maknanya sebelah perempuan kena bagi barang lebih skit la kepada pihak lelaki:-) Dah memang ini adatnya, nak buat camne, kan?
Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa barang-barang yang biasanya dijadikan hantaran perkahwinan bagi kedua-dua belah pihak:

Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):


1. Tepak sirih
2. Mas kahwin
3. Pulut kuning
4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
6. Al-Quran (atau tafsir)
7. Sejadah
8. Kek
9. Potpouri
10. Jam tangan
11. Kasut
12. Handbag
13. Perfume
14. Buah-buahan
15. Set alat solek
16. Telekung sembahyang
17. Muffin atau biskut
18. Towel
19. Gula-gula (atau manisan lain)


Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):

1. Tepak sirih
2. Pulut kuning
3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
4. Kain pelikat
5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
6. Kasut (dan/atau stoking)
7. Al-Quran (atau tafsir)
8. Sejadah
9. Jam tangan
10. Potpouri
11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
12. Perfume
13. Towel
14. Buah-buahan
15. Kek
16. Muffin atau biskut
17. Gula-gula (atau manisan lain)


Barang-barang di atas adalah barang yang paling common diberikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tak kisahla walaupun ada beberapa barang yang sama untuk kedua-dua belah pihak, asal masing-masing berkenan sudahlah. Sebelum membuat list untuk beli barang2 hantaran, yang pentingya kita kena beli barang yang kita memang nak guna di kemudian hari. Jangan beli barang sekadar untuk tunjuk jer!
Oklah, harap2 list di atas sedikit sebanyak boleh memberi panduan yang berguna untuk korang n aku yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Tuesday, December 6, 2011

Alhamdulillah hmpr sebulan alami kesakitan ini. skrg ia hmpr pulih. thanks bakal mak mentua yg bsusah payah mgurut saye. Alhamdulillah kini saya dpt tdr dgn selesa.

Sunday, November 20, 2011

ya allah, hmpr smggu alami kesakitan ini. sakit apekah ini.
hope x pe2 yg mmdaratkan....... :(

18.11.2011

Alhamdulillah smuanya bjln lancar. thanks kpd smua yg hdr ke mjlis tunangku :)


Wednesday, November 9, 2011

TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...
‎~✿..JANGANLAH gurau sebarangan dengan HATI PEREMPUAN..mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah TERUSIK..✿~

>>> Jangan menyentuh jika TIDAK BERNIAT mahu MEMETIK..(✿◠‿◠)
♥ Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk menyimpannya?
♥ Begitulah CINTA kalau tujuannya hanya untuk MEMILIKI. Tetapi kalau CINTA ITU BUKAN UNTUK MEMILIKI, kita akan TERUS CINTA tidak kira APA JUA KEADAAN PASANGAN yang kita cintai itu...
♥ Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan KEBURUKAN atau KELEMAHAN pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, KALAU AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU SUKAI, AKU MESTI BELAJAR MENYUKAI APA YANG AKU DAPAT ♥ ♥ ♥